Monday, April 28, 2008

Panduan Buat Ibu Yang Baru Bersalin

Dizaman ini jarang sekali seorang perempuan bersalin dirumah mereka.Kalau ada pun ini kerana mereka tinggal didaerah yang jauh dari klinik atau hospital.Hospital Bersalin dewasa ini mempunyai peralatan serba lengkap.Ibu ibu yang baru bersalin serta bayi mereka mendapat penjagaan yang sewajarnya.
Bagaimana pula keadaan ibu ini setelah keluar dari hospital.Pastinya cara penjagaannya tidak sama.Orang Melayu mempunyai cara yang unik dalam mengurus ibu yang baru bersalin. Ibu yang baru bersalin akan dikenakan berpantang selama empat puluh hari.Dalam tempuh ini soal kebajikan ibu yang berpantang dan bayinya amat diberi perhatian.
Ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi dengan air sejuk.Air yang perlu digunakan ialah air panas.Orang Melayu biasanya mengamalkan mandi daun.Antara daun yang sering digunakan ialah daun inai,daun pandan,daun bunga raya,daun lengkuas,daun bunga melor,daun pokok tetulang,daun serai wangi serta jenis jenis daun yang sesuai.Daun ini akan dicampur bersama dan direbus hingga menidih.Kemudian ianya akan diasingkan kedalam baldi dan dicampur sedikit air sejuk biasa agar ia jadi suam suam kuku dan digunakan untuk mandi.Mandi air daun ini elok diamalkan seawal hari pertama dan diteruskan sekurang kurangnya dua minggu .Pada hari hari selebihnya bolehlah digunakan air panas sahaja tanpa air rebusan daun daun tadi.Ianya bertujuan mengembalikan kesegaran tubuh badan serta memberi bau yang nyaman buat tubuh badan si ibu tadi.Bagi si bayi cukuplah sekadar dimandikan dengan air panas suam suam kuku sahaja sebagai air mandiannya.
Selepas mandi si ibu eloklah berganggang atau bersalai.Cara berganggang adalah berlainan sedikit dari bersalai.Berganggang memerlukan sebuah bekas untuk diletakkan bara api.Bekas seperti periuk kecil juga memadai.Bubuhkan tanah atau pasir separas setengah periuk itu.Kemudian letakkan bara dari kayu arang keatasnya.Si ibu sebaiknya berpakaian cara berkemban.Ini kerana rempah ratus seperti halba akan ditabur atas bara tadi.Bila terbitnya asap maka si ibu hendaklah berdiri dalam posisi sedang kangkang dengan periuk tadi ditengah tengah kangkangannya.Asap tadi akan terperangkap dalam kain yang dipakai secara kemban tadi.Ianya akan memberikan haba ketubuh badan si ibu dari paras betis hingga kedada.
Bersalai pula lebih mudah.Peralatan yang sama cuma si ibu hanya perlu mula dengan cara duduk sahaja ditepi bara tersebut.Kemudian berdiri dan boleh diulangi.Tak perlu mengangkang kaki seperti berganggang.
Lepas berganggang atau bersalai maka tiba pula masa untuk betungku.Ada tungku diperbuat dari besi dan ada dari batu.Banyak sekarang dikedai kedai hardware.Persedian untuk betungku pula ialah kain untuk balut tungku,daun daun untuk lapik tungku dibahagian dalam sebelum dibalut dengan kain.Daun yang biasa digunakan ialah daun lengkuas dan ada yang guna daun mengkudu.
Tungku terlebih dahulu hendaklah dipanaskan secukupnya.Ia boleh dipanaskan dengan mengunakan api dari dapur gas.Bila dah cukup panas maka bentangkan kain pembalut.Letakkan daun lengkuas atau mengkudu beberapa lapih .Letakkan tungku atas daun daun tadi dan bungkus dengan kemas.Kekurangan daun boleh mengakibatkan kain balut tungku terbakar.Bila dah dibalut dan diikat dengan kemas maka bolehlah si ibu mengunakannya. Mula dengan meletakkan pada perutnya terlebih dahulu dan bergerak kekawasan sekitarnya.
Kini tiba pula masa untuk mengurut.Hendaklah digunakan khidmat mereka yang tahu cara cara mengurut orang bersalin sahaja.Mengurut ini biasanya dilakukan sebelah pagi selepas mandi,berganggang atau bersalai dan betungku dijalankan.Kebiasaannya orang mengurut selama tiga pagi berturut turut.
Soal makan minum juga penting.Jangan makan makanan sejuk atau berbisa.Pada peringkat awal berpantang sebaiknya jangan gunakan minyak dalam masakan.Ikan ,ayam atau daging hendaklah dibakar sahaja.Senang je.Letak garam kunyit dan bakar kemudian hidangkan semasa masih panas.Sediakan ulam ulam seperti halia muda,daun cekur,daun pegaga,buah peria atau apa apa yang agak pahit.Makan lah bersama dengan lada hitam yang telah ditumbuk.Ianya pasti menyelerakan.Sediakan air suam atau kopi panas sebagai minuman.
AKHIR SEKALI ini ada satu petua untuk mengelak dari kena angin meroyan.
Ambil daun dari pokok CENDERAI dan letakkan dalam sarung bantal dan gunakan bantal yang sarungnya mempunyai daun cenderai untuk tidur.Boleh juga sekadar diletakkan disisi si ibu itu.
Insyaallah akan terhidarlah dari sakit sakit atau rasa pening kepala.

Hasil pengalaman : Kama_Sutra

No comments: