Friday, April 18, 2008

Pandangan Buat Bakal Ibu

Salam sejahtera.
Setiap kaum Hawa yang cukup sifatnya pasti menginginkan anak sebagai penyeri kehidupan rumahtangga mereka.
Disini Kama ingin memberi sedikit pandangan apa yang wajar dilakukan oleh kaum Hawa yang sedang hamil terutama yang baru kali pertama hamil.
Secara ringkasnya seorang bakal ibu haruslah menjaga kesihatan,emosi,pengerakan serta banyak lah berdoa bagi kita yang beragama Islam.
Kesihatan amat penting bila sesorang itu sedang hamil.Lazimnya bila bakal ibu itu sihat maka bayi yang dikandung juga sihat.Kiranya bakal ibu terasa kesihatannya tidak memuaskan maka amat perlu diperiksa oleh mereka yang berkelayakan.Kecuali kalau kedudukan anak dalam rahim tak berada ditempat yang betul maka khidmat bidan kampung yang tahu cara membetulkan kedudukan bayi amat diperlukan.
Bakal ibu jangan selalu menyepi diri,bersedih atau bersusah hati.Jangan banyak berfikir kerana ianya dapat memberi kesan yang kurang baik kepada bayi yang sedang dikandung.Ketenangan amat perlu.Selalu lah berlapang dada agar tidak dibebani dengan ingatan yang tak menyenangkan.
Bakal ibu juga harus selalu bergerak tapi janganlah buat pengerakan yang berat.Kalau buat kerja rumah biarlah yang mampu dengan keupayaan semasa kita.Jangan dipaksa terutama kerja kerja yang berat haruslah cuba dielak.
Bagi kita yang beragama Islam maka amatlah baik dan digalakkan kita membaca al quran setiap kali selepas solat.Lepas kita membaca al quran maka eloklah kita sapukan pada perut kita dan berkata kata lah kepada bayi yang dalam kandungan dengan kata kata yang baik sambil kita berdoa akan kebaikan buat bayi kita.
Kepada mereka yang mengidam sebaiknya eloklah sisuami dapatkan apa yang dihajati oleh siisteri itu.Namun kiranya tidak dapat walaupun telah diusahakan janganlah siisteri rasa terkilan,merajuk atau berasa hati.
Kepada ibu ibu yang hamil kama doakan agar mereka didalam kesejahteraan selalu.Amin.
Insyaallah Kama akan cuba memberi pandangan tentang keperluan bila bergelar ibu nanti dilain waktu.

3 comments:

umie@kakyong said...

kama.. entry yg bagus ni.... pastinya dah nak tambah cucu lagi... :-)

no body said...

Papa,
Mama sayang Papa,
Terima kasih buat Papa kerna menyintai & menyangi Mama.
Kasih kita x berubah selagi hayat dikandung badan.
Mama cukup bersyukur kerna ada Papa disaat Mama memerlukan.

* Teringat Mama dalam pantang.
Mama sayang Papa.
Mmmmmmuuuuuuaaaahhhhh.

no body said...

Mama cintakan Papa.
Mama sayang Papa.
Mama love Papa so much.
Mama love Papa forever.
Mmmmmmuuuuuuaaaahhhhh.....