Friday, May 23, 2008

NINDAKU DALAM KENANGAN


15hb.Mei 2008 Kira kira jam 9.00 pagi kami terima satu sms.Berita yang diterima ialah tentang Nindaku 88 tahun telah kembali ke Rahmatullah kira kira setengah jam sebelum sms itu disampaikan.
"Inna lillah hiwa innalillah hirrajiun" Hanya itu ucapan yang terkeluar dari bibirku.Aku masih mampu duduk tenang.Beberapa panggilan dibuat dan diterima berhubung berita tadi.
Nindaku adalah ibu kepada ibuku.Satu satunya Ninda yang masih ada.
Kini Nindaku telah kembali kepada penciptaNya.
Nindaku tinggal di Chendrung Balai ,Telok Intan,Perak. tapi Nindaku ditakdirkan menghembus nafas terakhirNya di kediaman ibu saudaraku diTaiping.
Setelah mendapat persetujuan semua ahli keluarga maka keputusan diambil agar jasad Nindaku dikebumikan di Chenderung Balai,Telok Intan.
Selepas mendapat kepastian dimana arwah Nindaku akan dikebumikan maka masing masing bersiap siap untuk kedestinasi yang telah diputuskan itu.
Kama bersama Siti dan Kamarul tiba di Parit 6/6R Chenderung Balai kira kira jam 2.00petang.Kama juga lahir disini bersebelahan kediaman arwah Ninda Kama.
Kebetulan beberapa hari lepas 12hb.Mei adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran Kama.
Ramai rakan tolan serta sanak saudara telah sedia ada di kediaman Arwah Ninda Kama sewaktu Kama tiba.
Kama bersalaman serta bertegur sapa dengan para hadirin.
Bertemu dan berpelukan dengan ibu ibu saudara Kama.
Tika ini lah airmata Kama mulai menitis.Terlalu syahdu .
Kira kira jam 4.00 petang kami dimaklumkan kereta jenazah yang membawa jenazah arwah Ninda Kama telah hampir tiba.Kama segera meminta kaum kerabat Kama keluar menunggu kehadiran dan menyambut jenazah arwah Ninda.
Pada mulanya dicadangkan agar kereta jenazah di suruh masuk terus kekawasan paling hampir dengan kediaman arwah.Kama pula cadangkan agar ianya disuruh berhenti dikawasan luar kawasan sahaja.Ini bagi membolehkan anak cucu arwah mengusung jenazah tersebut.Pandangan tersebut diterima baik.
Bila kereta jenazah tiba kami semua telah sedia menanti.Dengan hati hati jenazah arwah Ninda Kama dibawa keluar dari kenderaan yang membawanya.Anak cucu segera menyambut lalu mengusung jenazah tersebut secara berganti ganti kerumah kediaman arwah bagi membolehkan kami semua melihat wajah arwah buat kali terakhir.
Jenazah arwah Ninda Kama ditempatkan diruang tamu.Anak cucu cicit silih berganti mencium dahi Ninda Kama yang berada disitu.Sedu sedan turut mengiringi suasana.
Tak lama kemudian jenazah arwah dibawa keluar semula.Diusung kembali menuju kekenderaan yang sedia menanti.Jenazah kemudianNya dibawa ke Masjid Pekan Chenderung Balai untuk disembahyangkan.Rezeki Ninda Kama ,ramai yang sudi bersama menunaikan Solat Jenazah.
Jenazah kemudianNya dibawa keTanah Perkuburan Islam berhampiran untuk disemadikan.
Upacara pengkebumian berjalan baik.Talkin dibaca dan diakhiri dengan bacaan doa.Ninda Kama disemadikan berhampiran kubur Arwah suamiNya .. Ninda Lelaki Kama.
Kini tubuh Ninda sudah tak kelihatan.Bayangan wajahNya masih bermain dianak mata.
Kami mulai meninggalkan pusara Ninda.Bersama Doa Agar Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Mengurniakan RahmatNya keAtas Roh Ninda Kama.AMIN.

"SesungguhNya Setiap Yang BerNyawa Pasti Merasai Mati".























No comments: